Semakan Keputusan Tawaran Kemasukan SBP 2016 Tingkatan 1 Online Dan SMS. Pemohon murid Darjah 6 yang telah membuat permohonan kemasukan ke SBP 2016 Tingkatan 1 yang telah ditutup pada 15 November 2015 yang lalu boleh mengetahui atau menyemak keputusan permohonan SBP 2016 mereka pada 14 Disember 2015 (Isnin) menerusi makluman rasmi KPM.
Sebelum ini, menerusi makluman FAQ SBP 2016, keputusan pemilihan dan penempatan ke Tingkatan Satu (1) SBP akan diumumkan selewat-lewatnya dalam tempoh 27 hari setelah keputusan UPSR diumumkan. Keputusan UPSR 2015 telah diumumkan pada 17 November 2015 yang lalu.
Cara Buat Semakan Keputusan Permohonan SBP 2016 Tingkatan 1 Online
- Semakan Keputusan Tawaran Sekolah Kawalan 2016 SMKA, SABK, KRK Dan KAA Online dan SMS boleh disemak bermula 20 Disember 2015 bermula jam 1000 pagi AHAD diSEMAKAN SEKOLAH KAWALAN 2016.
* ARAHAN KEPADA PEMOHON YANG BERJAYA
Sila Masukkan Angka Giliran UPSR 2015 dan Klik Butang SemakanPastikan maklumat ANGKA GILIRAN calon sama seperti yang tercatat dalam slip pendaftaran UPSR calon. Sekiranya terdapat sebarang masalah, sila hubungi 03-83217400 untuk keterangan lanjut
Sekiranya anda berjaya dan bersetuju dengan tawaran ini, sila CETAK surat dan lampiran tawaran yang dibawa semasa hari pendaftaran. Bahagian ini berhak menarik balik tawaran sekiranya dokumen calon tidak lengkap semasa hari pendaftaran di SBP.
Permohonan e-Rayuan SBP 2016
Pemohon yang gagal mendapat tempat di SBP boleh membuat e-Rayuan, tetapi ianya bergantung pada kekosongan tempat.Nota : Murid yang gagal/tidak membuat permohonan secara online pada tarikh yang ditetapkan ingin memohon. Bagaimanakah caranya?
- Makluman, murid yang tidak membuat permohonan secara atas talian / terlepas memohon pada tarikh yang ditetapkan, tidak akan dipertimbangkan dalam pemilihan ambilan pertama.
- Murid tersebut akan dipertimbangkan dalam pemilihan ambilan kedua sekiranya membuat e-Rayuan secara online.
Permohonan e-Rayuan akan mula dibuka bersamaan tarikh pengumuman
penawaran kepada murid yang berjaya.
Cara Mengisi Permohonan e-Rayuan secara online Dan Cara Menyemak e-Rayuan
1. Calon yang telah membuat permohonan atas talian kali pertama tetapi Tidak Berjaya:- Masuk ke laman sesawang: Semakan SBP 2016
- Klik semakan ke SBP tingkatan 1 atau tingkatan 4
- Masukkan angka giliran UPSR/PBS
- Masukkan maklumat yang diminta dalam ruangan catatan.
- Klik pada e-rayuan
- Hantar.
2. Calon yang tidak membuat permohonan atas talian kali pertama tetapi ingin memohon:
- Masuk ke laman sesawang: Semakan SBP 2016
- Klik semakan ke SBP tingkatan 1 atau tingkatan 4
- Masukkan angka giliran UPSR/PBS
- Masukkan maklumat yang diminta seperti alamat rumah dan catatan
- Klik pada e-rayuan
- Hantar
Sumber : Panduan Malaysia
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang telah dihantar adalah merupakan tanggungjawab masing-masing. Admin tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang telah dihantar tersebut..Sekian,Terima Kasih