Assalamualaikum...Akhirnya, setelah tiga minggu Asyraf tidak menulis entry tapi Alhamdullilah, Asyraf diberi kesempatan untuk menulis entry pada hari yang indah ini.. Setelah kita ketahui, bahawa pada tarikh 6/01/2016, Asyraf bersama kedua ibu bapa telah pergi ke SM Sains Bagan Datoh untuk pendaftaran kemasukan Tingkatan 1
2016 ke SM Sains Bagan Datoh..Memang berasa bersyukur yang tidak terhingga apabila Asyraf ditawarkan ke sekolah SBP...(Sekolah Berasrama Penuh)..So , utk tahun ni Asyraf memang dah bertekad untuk membuat azam baru di sekolah ini..Aku memang nak menjadi manusia yang berjaya di dunia & di akhirat..So, aku nak tumpukan perhatian yang penuh terhadap akademik & kokurikulum di sekolah baru ni...K kembali kita pada Hari Pendaftaran tadi tu.. Maklumlah, Asyraf duduk di Ipoh & nak sampai ke Bagan Datoh tu pun mengambil masa 2 jam 30 minit..Tapi ,demi masa hadapan Asyraf sanggup lakukan apa sahaja..Nak sampai sana pun menggunakan aplikasi 'Waze' ..Kalay tidak, mana lah tau tempat sekolah yang di hujung dunia ni..Masa time sampai ke sekolah tu, memang dah penuh kereta..Kami pun berpusing² mencari tempat parkir kereta..Tidak sampai 5 minit, dah jumpa..Then, parents Asyraf tolong angkat beg-beg dan pelbagai lagi barang ke kaunter pendaftaran..Banyak juga barang yang perlu dibeli di koperasi sekolah ..Setelah selesai pendaftaran, parents & students boleh dengar penerangan oleh Penolong Kanan tentang pelbagai maklumat tentang kemasukan SBP & pelbagai lagi..Setelah penerangan diberikan kepada parents tentang pembayaran & pelbagai lagi, parents dibenarkan untuk menjamu selere makan tengah hari bersama anak-anak..Kemudian, ibu bapa boleh membawa anak ke dorm masing² yang telah ditetapkan untuk tujuan pengemasan locker dan pemasangan cadar katil...Lepas tu , boleh la pusing keliling sekolah ..Bila da masuk asrama tu, hati Asyraf sebenarnya mengatakan untuk nak sangat balik..X dapat nak menahan perasaan untuk meninggalkan ibu bapa...Pada pukul 4.00 petang pun, ibu bapa Asyraf balik..Memang serius Asyraf cakap, rasa nak nangis pun ada duduk 1st day kat asrama..Budak² kat dorm Asyraf pun ada yang pasif..Rindukan parents walaupun baru sehari..Maklumlah tempat ni pun jauh dari hometown diaorang..Mungkin semua orang yang pertama kali masuk asrama , akan merasai benda yg sama..Ataupon, ia dipanggil home-sicks..Kalau salah eja cakap yea..So bila dah tiga minggu duk asrama ni, boleh tahan jugak la duk kat asrama ni..Tapi penyakit home-sicks masih menghinggapi diri Asyraf sikit...N yang best nya untuk tahun ni orientasi dijalankan selama sebulan..So x yah la nak straight sangat belajar...N ni pon Asyraf berkesempatan untuk cerita pada readers sekaliam pun disebabkan cuti thaipusam kalau tak duk terperap je le kat asrama..Cuti pon 3 hari je..Esok Asyrf nak balik asrama..Setakat tu je lah , Asyraf dapat ceritakan tentang pengalaman ..Kita sambung masa cuti Tahun Baru Cina lah yer..Ok.Bye semua.N Assalamualaikum..Lepas ni x dpt buat entry dah..Tunggu raya cina..
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang telah dihantar adalah merupakan tanggungjawab masing-masing. Admin tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang telah dihantar tersebut..Sekian,Terima Kasih